ENGLISH   |   BAHASA

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010
NOTIS PRIVASI

Falim Development Sdn. Bhd. menghormati privasi individu berhubung dengan data peribadi. Notis Privasi ini dirumuskan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Untuk tujuan Notis Privasi ini, "Data Peribadi" hendaklah mempunyai erti yang dianggap kepadanya dalam Akta. Untuk tujuan Notis Privasi ini, terma "kami" akan merujuk kepada syarikat kami dan "anda" akan merujuk kepada anda dan mana-mana orang lain atau syarikat yang diwakili oleh anda dimana anda memberikan maklumat Data Peribadi.

 

A. PENGUMPULAN MAKLUMAT

1. Data Peribadi mengenai anda termasuk maklumat yang dikumpul seperti gambar, nama dan butir-butir hubungan anda, alamat, nombor kad pengenalan atau nombor paspot, jantina, bangsa, kewarganegaraan, asal-usul etnik, pekerjaan atau jawatan, maklumat majikan, tarikh lahir, alamat e-mel, status perkahwinan, maklumat anak-anak, umur, pendapatan, tanda hormat, data sosio atau gaya hidup termasuk tetapi tidak terhad kepada nombor pendaftaran kenderaan, maklumat pengenal, maklumat hartanah dan maklumat pinjaman.

2. Data Peribadi anda akan dikumpulkan dari pelbagai sumber termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  1. informasi, komen atau mesej yang anda serahkan kepada kami melalui apa jua cara dan/atau dalam apa jua perkara;
  2. maklumat yang dimasukkan atau diserahkan kepada kemudahan dalam talian seperti alat carian dan kalkulator;
  3. informasi dari pihak ketiga termasuk pihak yang memberi rujukan; dan
  4. informasi yang didapati secara bebas oleh kami dari sumber-sumber yang sah.

 

B. TUJUAN MENGUMPUL DATA PERIBADI

1. Dengan memberikan apa-apa Data Peribadi anda kepada Syarikat kami, anda dengan ini membenarkan Syarikat kami mengumpul, menyimpan dan menggunakan Data Peribadi bagi tujuan-tujuan berikut:

  1. menjalankan dan/atau melaksanakan obligasi kami dibawah kontrak termasuk tetapi tidak terhad kepada penyerahan milik kosong, penyerahan kunci, pengurusan hartanah/estet, jagaan pelanggan, kerja pembaikan kecacatan, keselamatan dan program kesetiaan pelanggan; dan/atau
  2. memberikan anda dengan perkhidmatan atau produk atau manfaat yang ditawarkan oleh Syarikat kami atau oleh pihak ketiga yang terpilih yang kami fikirkan mungkin diminati oleh anda; dan/atau
  3. pemprosesan permohonan anda; dan/atau
  4. jika berkenaan, pemasaran barangan dan perkhidmatan dan menghantar pengemaskinian, produk baru, tawaran khas, mana-mana pengiklanan, bahan promosi dan/atau bahan komersial kepada anda, memproses invois dan pembayaran (termasuk bayaran kad); dan/atau
  5. menjalankan penyelidikan mengenai perancangan, produk, barangan, perkhidmatan, keselamatan dan ujian; dan/atau
  6. menjalankan prosedur sepadan menurut undang-undang; dan/atau
  7. melaksanakan statistik analisa dan analisa penanda aras; dan/atau
  8. tujuan yang berkaitan dengan operasi, pentadbiran, pengurusan, pembangunan, rekod simpanan, penguatkuasaan transaksi kontrak dan komunikasi dengan anda; dan/atau
  9. setakat mana dikehendaki oleh undang-undang, di mana Syarikat kami menganggap bahawa penggunaan atau pendedahan sedemikian adala perlu untuk bertindak balas terhadap apa-apa tuntutan atau proses undang-undang, atau di mana Syarikat kami mengesyaki telah, sedang atau mungkin akan terlibat dalam penipuan atau aktiviti yang menyalahi undang-undang; dan/atau
  10. di mana pihak ketiga memperolehi atau ingin memperolehi, atau membuat pertanyaan berkaitan dengan memperolehi, suatu kepentingan dalam syarikat kami; dan/atau
  11. di mana pihak yang membekalkan perkhidmatan dan produk memerlukannya untuk pembekal perkhidmatan dan produk tersebut menjalankan fungsi, obligasi atau perkhidmatan yang diminta oleh Syarikat kami atau sepertimana yang diperuntukkan dibawah undang-undang, peraturan, undang-undang kecil dan/atau panduan (sama ada mempunyai kuasa undang-undang atau sebaliknya) atau sepertimana yang diperlukan oleh kerajaan dan/atau badan bukan kerajaan, agensi atau jabatan atau di mana pihak ketiga memerlukannya untuk memastikan pelaksanaan mana-mana terma-terma perjanjian ataupun dokumen; dan/atau
  12. untuk menyediakan dan menyerahkan mana-mana tuntutan atau bayaran kepada mana-mana pihak atau untuk audit/pemeriksaan oleh mana-mana pihak untuk apa-apa tujuan yang berkaitaan dengan perniagaan Syarikat kami; dan/atau
  13. tujuan yang berkaitan dengan menguatkuasakan hak Syarikat kami mengikut mana-mana surat, perjanjian dan/atau dokumen termasuk mendapatkan nasihat undang-undang dan nasihat kewangan, mengambil apa-apa langkah-langkah awal atau memulakan apa-apa tindakan undang-undang; dan/atau
  14. membuat pendedahan sedemikian sebagaimana yang dikehendaki bagi mana-mana tujuan di atas atau melalui undang-undang; dan/atau
  15. apa-apa tujuan yang berkenaan atau secara sampingan atau untuk melanjutkan tujuan Syarikat kami.

2. Kami boleh sama ada menghubungi anda untuk tujuan seperti yang dinyatakan dalam perkara (B) di atas melalui panggilan telefon, e-mel, khidmat pesanan ringkas, pos, faksimili, media sosial atau melalui apa jua cara komunikasi yang sedia ada.

 

C. PENGGUNAAN DAN PENDEDAHAN DATA PERIBADI

1. Syarikat kami akan menyimpan Data Peribadi anda secara rahsia tetapi anda bersetuju bahawa Syarikat kami boleh mendedahkan dan memindahkan (sama ada di Malaysia atau luar Negara) di dalam Syarikat dan/atau kepada pihak ketiga yang perlu dan sesuai termasuk tetapi tidak terhad kepada konsultan, peguam, pengaudit, majikan, kontraktor, pembekal, rakan kongsi, ahli gabungan bersama, pengiklan, pembeli, pengendali rangkaian, syarikat yang menjalankan pengurusan hartanah, pembekal perkhidmatan dan produk, syarikat-syarikat bersekutu, mana-mana pihak authoriti (kerajaan dan/atau bukan kerajaan), kedutaan, badan statutori, badan regulatori, mana-mana organisasi atau institusi kewangan berkenaan, seseorang yang lain dibawah tugas kerahsiaan terhadap Syarikat, pemegang serah hak atau penerima pindahan atau pembeli sama ada sebenar atau yang dicadangkan bagi apa-apa hak/perniagaan/aset syarikat, pembekal perkhidmatan dan produk (termasuk mereka yang membantu kami dalam penyediaan Laman Web), untuk keperluan operasi, pentadbiran, pembangunan Syarikat dan organisasi yang membekalkan perkhidmatan arkib, pengauditan, nasihat profesional, pungutan hutang, insurans, perbankan, pemasaran, pengiklanan, mailhouse, penghantaran, perekrutan, pusat panggilan, teknoloji, penyelidikan, utility, program kesetiaan dan keselamatan untuk menggunakan, mendedahkan, memegang, memproses, menyimpan atau memindahkan Data Peribadi itu bagi tujuan (B) di atas untuk dan bagi pihak Syarikat.

 

D. KETIADAAN PERUNTUKAN DATA PERIBADI

1. Sila ambil perhatian bahawa sekiranya Data Peribadi yang tidak mencukupi dibekalkan, atau Data Peribadi yang anda bekalkan tidak memuaskan kepada Syarikat kami, maka permohonan atau permintaan anda kepada Syarikat kami bagi apa-apa tujuan di atas seperti yang dinyatakan dalam (B) di atas mungkin tidak boleh diterima atau bertindak keatasnya atau permintaan anda untuk melayari beberapa maklumat dalam Laman Web mungkin akan dinafikan atau Syarikat kami tidak akan dapat memberikan pelbagai jenis manfaat dan/atau perkhidmatan dan/atau melaksanakan obligasi-obligasinya dibawah apa-apa kontrak yang bakal ditandatangani ataupun yang kontrak yang sedia ada.

 

E. PENYIMPANAN DAN PENGEKALAN DATA PERIBADI

1. Data Peribadi anda akan disimpan sama ada dalam salinan cetak di pejabat Syarikat kami atau disimpan di dalam server yang terletak di dalam Malaysia dan dikendalikan oleh Syarikat kami atau pembekal perkhidmatan dan produk di dalam atau di luar Malaysia.

2. Sebarang Data Peribadi yang dibekalkan oleh anda akan disimpan oleh Syarikat kami untuk selama yang perlu bagi memenuhi tujuan yang dinyatakan dalam (B) di atas atau diperlukan untuk memenuhi mana-mana keperluan regulatori di sisi undang-undang dan/atau keperluan perakaunan atau untuk melindungi kepentingan Syarikat kami.

3. Tiada sebarang kemudahan "online" bagi anda memadamkan Data Peribadi yang dipegang oleh Syarikat kami.

 

F. PENGENDALIAN E-MEL DAN MESEJ "HUBUNGI KAMI"

1. Syarikat boleh mengekalkan kandungan mana-mana e-mel atau "Hubungi Kami" atau mesej elektronik lain yang diterima oleh Syarikat kami dan sebarang Data Peribadi yang terkandung di dalam mesej tersebut hanya akan digunakan atau didedahkan dengan cara yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini.

2. Kandungan mesej boleh dipantau oleh pembekal perkhidmatan dan produk atau pekerja-pekerja Syarikat kami untuk tujuan termasuk pematuhan, pengauditan dan penyelenggaraan atau di mana penyalahgunaan e-mel disyaki.

 

G. KOMUNIKASI ATAU PENGGUNAAN DATA

1. Melalui penggunaan perkhidmatan telekomunikasi anda untuk melayari Laman Web Syarikat kami, data komunikasi anda (contohnya Alamat protokol internet) atau data penggunaan (contohnya maklumat awal, akhir dan tahap setiap akses, dan maklumat mengenai perkhidmatan telekomunikasi yang anda mengakseskan) dijanakan secara teknikal dan mungkin dipercayai berkaitan dengan Data Peribadi.

2. Setakat terdapat satu keperluan yang menambat perhatian, pengumpulan, pemprosesan dan penggunaan data komunikasi atau data penggunaan anda akan berlaku dan akan dilakukan selaras dengan Akta.

 

H. DATA BUKAN PERIBADI DIKUMPUL SECARA AUTOMATIK

1. Semasa anda melayari Laman Web, Syarikat kami boleh secara automatik (iaitu, bukan melalui pendaftaran) mengumpul data bukan peribadi (contohnya jenis browser Internet dan system operasi yang digunakan, nama domain laman web dari mana anda datang, jumlah kunjungan, purata masa yang dihabiskan di laman web, muka surat yang dilihat).

2. Syarikat boleh menggunakan data ini dan berkongsi dengan yang lain di Syarikat untuk memantau daya tarikan Laman Web dan meningkatkan prestasi atau kandungan mereka.

 

I. COOKIES

1. Apabila anda melihat Laman Web, Syarikat kami boleh menyimpan beberapa data pada komputer anda dalam bentuk "cookie" untuk mengiktiraf komputer peribadi anda secara automatik pada masa depan anda melayari.

2. Cookies boleh membantu kami dalam banyak cara, contohnya, membenarkan kami menyesuaikan laman web untuk sepadan dengan minat anda atau menyimpan kata laluan anda untuk membantu anda setiap kali dari memasukkan semula.

3. Jika anda tidak ingin menerima cookies, sila konfigurasi browser Internet anda untuk memadam semua cookies dari hard drive komputer anda, menyekat semua cookie atau menerima amaran sebelum cookie disimpan.

 

J. KERAHSIAAN

1. Data Peribadi yang dipegang oleh Syarikat kami akan dirahsiakan menurut Notis Privasi ini selaras dengan mana-mana undang-undang terpakai yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

2. Sebarang pertanyaan, komen, cadangan atau maklumat selain daripada Data Peribadi yang dihantar atau diberikan kepada kami dengan apa jua cara pun (termasuk yang dihantar atau diposkan di Laman Web) akan dianggap diberi kepada Syarikat kami secara sukarela atas dasar tidak sulit dan tidak dimiliki.

3. Syarikat kami berhak untuk menggunakan, mengeluarkan semula, mendedahkan, menghantar, menerbitkan, menyiarkan dan/atau mengepos tempat lain maklumat tersebut secara bebas seperti yang dinyatakan dalam (C) di atas.

 

K. SEKURITI

1. Syarikat kami telah menyiapkan mekanisme untuk melindungi keselamatan dan integriti Data Peribadi anda.

2. Bagi Internet, malangnya, tiada penghantaran data melalui internet boleh dijamin sebagai selamat sepenuhnya. Oleh itu sementara Syarikat kami berusaha untuk melindungi Data Peribadi itu, Syarikat kami tidak dapat memastikan atau menjamin keselamatan sebarang Data Peribadi yang dihantar kepada Syarikat kami dan individu berbuat demikian atas risiko sendiri. Sebaik sahaja mana-mana Data Peribadi menjadi milikan Syarikat, Syarikat kami akan mengmbil langkah-langkah yang munasabah untuk melindungi maklumat daripada penyalahgunaan dan kehilangan dan daripada akses, pengubahsuaian atau pendedahan yang tidak dibenarkan.

 

L. PEMINDAHAN DATA PERIBADI

1. Apa-apa Data Peribadi yang dipindahkan akan digunakan bagi tujuan seperti yang dinyatakan dalam (B) di atas dan didedahkan kepada pihak-pihak yang dinyatakan dalam (C) di atas.

 

M. HAK AKSES KEPADA DATA PERIBADI

1. Anda mempunyai hak akses kepada Data Peribadi anda yang dipegang oleh Syarikat kami dan boleh membuat pembetulan Data Peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak dikemaskinikan, tertakluk kepada sebarang sekatan di bawah undang-undang serta syarat-syarat kontrak. Kami akan melakukan sedaya usaha untuk memastikan Data Peribadi anda adalah tepat dan terkini dan justeru kami meminta agar anda terus memaklumi kami sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam Data Peribadi anda.

2. Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai Notis Privasi ini atau jika anda ingin memohon akses kepada Data Peribadi anda atau jika anda ingin membetulkan Data Peribadi anda atau jika anda ingin menarik balik persetujuan/kebenaran anda kepada Syarikat bagi pemprosesan Data Peribadi anda bagi tujuan seperti yang dinyatakan dalam (B) di atas atau untuk pemindahan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak yang dinyatakan dalam (C) di atas, anda boleh menghantar permohonan anda secara bertulis ke alamat berikut:-

    Alamat : 1st & 2nd Floors, No. 8-10, Jalan Dato Maharaja Lela, 30000 Ipoh
    E-mel : fnt188@gmail.com
    No. telefon: 05-2553228

3. Sila ambil perhatian bahawa walaupun anda menarikbalik kebenaran/persetujuan anda, Syarikat kami masih boleh terus memproses Data Peribadi anda di bawah keadaan-keadaan yang diiktiraf dan dibenarkan oleh undang-undang dan seperti yang diperlukan di bawah syarat-syarat kontrak.

4. Syarikat kami berhak untuk mengenakan fi yang munasabah untuk memproseskan mana-mana permohonan akses.

 

N. DATA PERIBADI YANG DIBERIKAN OLEH ANDA

1. Anda mengesahkan bahawa anda telah mendapatkan kebenaran daripada orang dan/atau syarikat yang diwakili oleh anda untuk anda memberikan Data Peribadi mereka masing-masing kepada kami bagi tujuan seperti yang dinyatakan dalam (B) di atas dan mendedahkan kepada pihak-opihak yang dinyatakan dalam (C) di atas.

 

O. PENGUBAHAN KEPADA NOTIS PRIVASI

1. Syarikat kami berhak untuk meminda Notis Privasi ini dari semasa ke semasa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Syarikat kami menasihatkan supaya anda menyemak Notis Privasi ini di laman web kami secara tetap.

 

P. KONFLIK

1. 1. Dalam keadaan berlakunya sebarang konflik antara Notis Privasi ini dalam Bahasa Inggeris dengan Notis Privasi ini dalam Bahasa Malaysia yang sepadan dengannya, terma-terma Notis dalam Bahasa Inggeris akan diguna pakai.